Monday 23 September 2013

Taman Negara Johor
Endau Rompin Selai


Salah satu Taman Negara yang terdapat di Negeri Johor terletak berhampiran Pekan Bekok - Selai.
Untuk melawatnya mudah saja.Bekok terletak diantara Yong Peng - Labis.Untuk melawat Taman Negara Selai,anda mestilah mendaftarkan diri di Pejabat Renjer Perhilitan Bekok di pinggir pekan.Bayaran masuk untuk seorang sebanyak RM5.00.Untuk memancing sebanyak RM10.00 sementara tapak perkhemahan pula sebanyak RM5.00 seorang.Tapak perkhemahan telah disediakan.Tidak dibenarkan untuk berkhemah di tempat selain yang telah disediakan.

Pejabat Renjer Perhilitan Bekok.

Jarak antara Pekan Bekok hingga ke Tapak Perkhemahan Selai sejauh 30km.Jalan yang tidak berapa mencabar sehinggalah sampai ke pintu masuk hutan.Disini perlu menunjukkan permit kebenaran untuk melepasi abang jaga yang berkawal.Satu lagi maklumat ialah Pejabat Renjer Perhilitan ini dibuka tujuh hari seminggu termasuk cuti umum.Satu kesalahan jika tiada kebenaran kerana kakitangan renjer sentiasa mengawasi walaupun setelah sampai ke tapak perkhemahan - Lubuk Merekek.
Pondok Pengawal pintu masuk hutan

Dari pondok pengawal ke tapak perkhemahan sejauh 4-5km.Jalan yang agak mencabar.Banyak curam yang berbahaya.Dinasihatkan agar berhati-hati tetapi itulah keseronokan kumpulan Jejak Hutan yang memang menunggu saat-saat begitu untuk menguji kelasakan menunggang dan  motosikal.Ditapak perkhemahan ini disediakan kemudahan tandas,surau,dapur dan wakaf.Tetapi itu semua bukan yang dicari oleh Jejak Hutan.



 Dari Lubuk Merekek kami memasuki denai hutan menghilir Sungai Selai.Lorong sempit,duri rotan,lopak lumpur,anak sungai menjadi cabaran kami

Seperti sungai hutan yang lain,Sungai Selai sangat cantik.Air yang jernih sejuk mengalir deras.Jelas kelihatan anak-anak tengas,sebarau dan rong bermain-main di jeram.Tujuan sebenar bukanlah mahu memancing tetapi sekadar mahu meninjau Taman Negara Selai serta keseronokan menunggang lasak.Walau bagaimana pun kami masih mendapat beberapa ekor sebarau dan banyak tengas bersaiz sederhana.


Selebihnya kami menikmati kesejukkan dan kesegaran air sungainya yang mengalir deras.







Kami mandi sepuas-puasnya sehingga menggigil kesejukan.

(Ini bukan Renjer Perhilitan).



**Ini pun bukan Renjer Perhilitan

Denai hutan yang kadangkalanya sangat sempit,duri rotan melempai menunggu penunggang disamping sang pacat yang sentiasa mengintai kealpaan tetamu.

Biasa terjadi.Sokongan dan kerjasama pasukan sangat penting.


Wednesday 11 September 2013

SUNGAI ULU LEMAKOH , ENDAU ROMPIN

CABARAN SUNGAI ULU LEMAKOH , ENDAU ROMPIN



Ulu Sungai Lemakoh memerlukan kebenaran Jabatan Hutan Mersing untuk merasai cabarannya.Pintu masuk berpalang terletak  dihadapan jambatan Sungai Lemakoh.Kami seramai sepuluh orang-aku, Bang Mail, Yat(Halim),Boy(Safei)Izzy,Solihin,Joe(Jahar),Jay,Keirol dan Sham ingin menyahut cabaran itu.Kami sampai dipintu masuk lebih kurang jam 10.00 pagi selepas mengharungi perjalanan sejauh 160km.Hujan lebat hampir separuh perjalanan serta tayar motosikal bocor tidak melemahkan semangat kami.

Lorong licin selepas hujan menjadikan motosikal sangat sukar dikawal.Laluan menurun lebih berbahaya dari pendakian.Buktinya dua motosikal membuat pusingan 360*.Kami cukup berhati-hati walaupun telah biasa dengan tunggangan lasak ini.Batu-batu tajam sebesar bola tenis dan kelapa gading menunggu setiap penunggang yang kecundang.