Monday 26 August 2013

Jeram Panjang

JERAM PANJANG


Jeram Panjang,Pahang...Cantik,air yang jernih,ikan-ikan yang jinak,hutan dara,batu-batu sungai yang tersusun,deruan arus jeram yang deras menonjolkan lanskap Jeram Panjang yang memukau dan mempesonakan.Terpegun dengan keagungan Allah.Banyak lokasi telah dijelajahi dan Jeram Panjang antara yang memukau pencinta alam semula jadi.
                                                 

Seperti biasa Geng Jejak Hutan-aku,Bang Mail,Halim,Boy,Zahid dan Solihin teruja untuk merasai keindahan alam ciptaan Allah.Perjalanan sejauh 245km tidak menghalang aku dan Bang Mail(veteran) untuk meredah kedinginan malam.Kami sampai awal.Setelah menunaikan kewajipan,persediaan diatur untuk treking keJeram Panjang.Kedinginan pagi membuatkan kami terasa segar dan bersemangat.Perjalanan yang agak mudah kerana menyelusuri tebing sungai yang landai.Hanya sedikit menempuh laluan yang tidak berapa tinggi.Sejam menapak pantas tanpa henti,terdengarlah deruan air deras Jeram Panjang.Tak sabar kami untuk merasai kehebatannya.


Cubaan pertama Zahid berjaya menjinakkan sebarau bersaiz sederhana,menjadikan suasana kecoh.Masing-masing memilih lokasi yang difikirkan ada penunggunya.Walaupun kecederaan tangan belum begitu elok, Halim tak merasakan kesakitannya - terus melontar gewangnya. Seronok rasanya walaupun bersaiz sederhana dan kecil.



Setelah puas menjinakkan sebarau,kami mengambil keputusan untuk berehat sambil bersantai menikmati keindahan alam.Kedinginan air menyegarkan tubuh kami yang keletihan dan kelaparan.


       
(Gaya Otai dalam hutan)

Sebelah petang kami mencuba pancingan dasar untuk menguji kelah,tapi hampa.Mungkin cuaca panas musim kemarau serta keadaan air yang sangat jernih menjadikan kelah tidk berminat.Seterusnya kami hanya berehat serta menyediakan keperluan untuk bermalam.



Sebelah malam kami menjejak baung dihadapan tapak perkhemahan.Hasil yang lumayan tetapi bersaiz sederhana sahaja.Esuk pagi kami akan menempuh semula perjalanan yang sama jauh untuk kembali.
                                                                                                      


3 comments:

  1. Tuan...bokeh bagi info dimana lokasi jeram panjang tak,,mengikut google map screen shot edit laluan..mohon.. Email saya rockkangkang91@gmail.co

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Lokasi tmn negeri endau rompin...lapor diri dilokasi...treking pantas sejam arah hilir...ikut saje trek yg sedia ade...jeram pnjg mudah djejaki...slmt mencube.

    ReplyDelete